Wednesday, November 18, 2020

Pengajian Universiti di Negara Jerman Bagi Lepasan SPM

Tulisan ini adalah pelengkap untuk satu thread yang telah saya tulis di Twitter pada 2 April 2020. Di sini saya ingin berkongsi sedikit sebanyak pengalaman dan pengetahuan saya tentang pengajian peringkat ijazah di negara Jerman ini, terutamanya tentang persediaan (pra-universiti) di Malaysia.

Ketika itu thread berkenaan ditujukan kepada lepasan SPM 2019 dan bakal-bakal calon SPM 2020. Oleh sebab COVID-19 telah melanda satu dunia, nampaknya SPM 2020 semakin tidak realistik. Maka saya tujukan juga perkongsian ini untuk calon-calon SPM 2021 pula. (Thread itu ada di penghujung artikel ini di bawah sekali)

Latar belakang penulis

Penulis di Berlin.

Akademik:

  • Sijil Pelajaran Malaysia, MRSM Jasin (kini MRSM Tun Ghafar Baba)
  • German A-Level Preparatory Program, German-Malaysian Institute (GMI), Kuala Lumpur
  • Diplom-Ingenieur (FH) Mechatronics Engineering, Uni. of Applied Sciences Mittelhessen (Campus Friedberg)
  • M. Sc. Computer Vision and Photonics, Darmstadt Uni. of Applied Sciences

Cocurricular:

  • Ketua pelajar A-Levels GMI, batch 2003/2005
  • Ahli Majlis Perwakilan Pelajar GMI, 2003/2004
  • Setiausaha Agung MARA Kumpel (majlis pelajar MARA di Jerman), 2008
Bidang pekerjaan:
  • robotics
  • industrial computer vision 
  • financial services (dari pertengahan 2017 hingga kini)

Langkah pertama selepas SPM

Selepas tamat SPM, bakal pelajar harus menyelidik apakah program-program yang ditawarkan oleh MARA dan JPA. Bagi mereka yang tidak memerlukan biasiswa yakni bakal pelajar persendirian, bolehlah merujuk terus kepada program A-Level di gmi.edu.my.

Persediaan di Malaysia dijangka mengambil masa setahun setengah, dengan intake setahun sekali, pada bulan Julai.

German-Malaysian Institute, kini di Bangi.

Program A-Level di GMI kebiasaannya disertai oleh pelajar tajaan MARA, JPA, yayasan tertentu dan persendirian. Majoriti pelajar JPA selalunya menjalani program persediaan di INTEC UiTM dan First City Universiy College (dahulunya dikenali sebagai KBU). Saya juga telah dimaklumkan bahawa sudah pun ada pelajar-pelajar MARA yang juga mengikuti persediaan di INTEC.

Penulis bersama rakan-rakan sekelas di GMI Kuala Lumpur.
 

Dari program persediaan di GMI ke negara Jerman

Laluan ke Jerman melalui GMI dapat dirumuskan seperti berikut:

  1. A-Levels (Physics, Mathematics, Chemistry) + bahasa Jerman hingga tahap pertengahan + latihan asas industri - di Malaysia (22 bulan)
  2. Kursus persediaan akhir bahasa Jerman intensif + ujian terakhir bahasa Jerman tahap universiti - di Jerman (6 bulan).
    • di sini, pelajar-pelajar akan dibahagikan kepada kumpulan yang akan menjalani kursus intensif bahasa Jerman di institut yang berbeza.
  3. Universiti: pengajian bermula dari semester pertama

Kursus-kursus kejuruteraan di negara Jerman

Contoh-contoh kursus teknikal yang boleh dipilih:

  • Mechatronics engineering
  • Technical computer science
  • Physikalische Technik (susah untuk diterjemahkan)
  • Optical engineering and industrial computer vision
  • Plastics engineering
  • Chemical engineering, etc

Kenapa belajar di negara Jerman

  • Kos pengajian universiti dan kos hidup pelajar yang rendah
  • Kelengkapan universiti awam yang sangat baik
  • Accessibility untuk bahan-bahan ilmiah (perpustakaan dan akses percuma untuk scientific research articles)
Penulis semasa mengulangkaji subjek Robotik untuk peperiksaan semester.
  • Teknologi tinggi di industri - tidak perlu dipertikaikan lagi.
 
Penulis semasa bekerja dalam bidang robotik di Jerman, tahun 2016.
  • Lokasi Jerman yang strategik untuk mengembara ke negara-negara Eropah yang lain. 
Penulis dan rakan-rakan di Camp Nou - stadium rumah FC Barcelona

Penulis dan rakan-rakan di Istanbul

Penulis dan rakan-rakan di Saint Peter's Square.
  • Reputasi universiti-universiti awam Jerman: kelulusan dari Jerman akan memudahkan anda untuk mencari pekerjaan di dalam Jerman.

Fachhochschule, Hochschule dan Universität

Majoriti pelajar Malaysia akan mengaji di Fachhochschule atau Hochschule (university of applied sciences). Ada juga yang memilih Universität. Kedua-dua sistem universiti tersebut berbeza.

Di Fachhochschule (FH) atau Hochschule (HS), pengajian lebih menekankan sistem praktikal: lebih sesi makmal & latihan industri.

Manakala di Universität pula terdapat sistem klasik yang lebih mengutamakan pengetahuan teori. Universität juga menawarkan pengajian sehingga peringkat PhD.

Kedua-dua universiti menawarkan ijazah Bachelor dan Master.

Kelebihan di Fachhochschule/Hochschule:

  • Nisbah bilangan pelajar kepada pensyarah lebih rendah berbanding di Universität.
  • Saiz kuliah atau kelas lebih kecil - maka mudah untuk mendapatkan perhatian atau pertolongan daripada pensyarah.

Pesanan kepada pelajar-pelajar Malaysia di Jerman oleh MEC

Malaysia Engineering Community atau MEC - ialah satu pertubuhan baru yang ditubuhkan oleh sekumpulan jurutera Malaysia di Jerman, yang majoritinya terdiri daripada graduan universiti-universiti Jerman. Satu soal selidik telah diadakan pada bulan Julai 2020 tentang nasihat-nasihat yang ingin dikongsikan dengan bakal-bakal pelajar di negara Jerman. Graf di bawah merumuskan nasihat-nasihat tersebut, mengikut undian:

Tips oleh MEC untuk pelajar-pelajar Malaysia di Jerman.
 

Disclaimer dan akhir kata

Ada kemungkinan maklumat-maklumat di atas telah berubah mengikut keadaan semasa.
 
Banyak cabaran yang akan dihadapi oleh pelajar-pelajar Malaysia di perantauan. Saya memilih untuk tidak menghuraikan pengalaman milik diri sendiri mahupun rakan-rakan lain di blogpost ini. Hanya off the record sahaja.
 
Akhir kata, jika anda memilih untuk ke Jerman, saya ucapkan Viel Erfolg - selamat berjaya.
Penulis di Burg Eltz (Eltz Castle).

 

11 comments:

Tengku said...

Chapter baru bole tambah nnt

Hafiz Jaafar said...

Okay, insya Allah. Sudah ada draf untuk topik lain.

Unknown said...

good info. tq

SUE said...

Hi hafizus
Jika seseorang pelajar gagal dalam permohonan ke GMI adakah masih ada peluang untuk melanjutkan pelajaran di Jerman selepas matriks.

SUE said...

Atau ada rayuan atau second intake

Unknown said...

Berapa kos utk ambil degree di Jerman

Unknown said...

Ada kah Diploma GMI di iktiraf untuk melanjut pelajaran ke peringkat ijazah di universiti Di Germany.

ruzlan said...

Terima kasih En. Hafizus ats perkongsiaan yg sgt bermanfaat. Sesiapa yg ada pertanyaan mengenai program ini dah program yg lain yg ditawarkan di GMI, boleh hubungi sy di wasap 01156744260- ruzlan.

Farra Da Smiley said...

Terima kasih atas info ni...kalau ada rezeki anak nak cuba juga ni

Unknown said...

Diploma di gmi boleh pergi ke germam

Unknown said...

Klu lepasan matrik bleh ke smbung jerman